Monday, February 22, 2010

SUMBANGAN DERMA PEMBINAAN SURAU AL RIDHUAN

WAKAF LOT SURAU AL RIDHUAN, KUANTAN PAHANG

Dengan segala hormatnya kami AJK Surau Al Ridhuan mempelawa kepada Muslimin & Muslimat menyumbang secara Lot kepada Surau Al Ridhuan

RM150 bagi 1 kaki persegi
RM100 bagi 2/3 kaki persegi
RM50 bagi 1/3 kaki persegi
RM20 bagi 2/15 kaki persegi

Perincian dan kos projek

Surau ini akan berperanan sebagai:
* Tempat Kuliah Mingguan bagi Penduduk sekitar yang berjumlah 300 orang
* Kelas Fardhu Ain untuk wanita dan kanak- kanak
* Di lokasi mudah dan strategik di Permatang Badak, Kuantan
* Pembinaan bermula 15 Mac 2010

Anggaran kasar kos projek ialah:
1. Fasa 1 di bahagian tingkat atas RM65,000
2. Fasa 2 di bahagian tingkat bawah RM100,000

Akaun Bank dan Cara mudah Untuk Menderma

Bank ~ Bank Islam Malaysia Berhad





No. Akaun ~
0608 2010 0008 59
Nama Penuh Akaun ~ Surau Al Ridhuan


(b) Cara Mudah Untuk Mendeposit Derma:

1. Pemindahan wang melalui Online atau Internet Banking daripada mana-mana bank di Malaysia menggunakan khidmat IBG;

2. Deposit wang tunai melalui mesin Cash Desposit di cawangan Bank Islam;

3. Deposit cek melalui mesin Cheque Deposit di cawangan Bank Islam; atau

4. Hantar cek berpalang, postal order, money order atau bankers cheque menggunakan Nama Penuh Akaun Surau seperti di atas kepada mana-mana AJK SURAU AL RIDHUAN atau pos kepada:

Bendahari Surau Al Ridhuan

No 9, Jalan 8/31B,
No. 7, Jalan Permatang Badak Maju 6
25150 Kuantan, Pahang

Malaysia

(tolong jangan hantar wang tunai melalui surat atau pos)


Pengeluaran Resit Derma

Untuk mendapatkan resit derma, tolong email maklumat berikut sekiranya derma telah dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam secara terus atau hantar maklumat bersama cek yang dikirim kepada ahli jawatankuasa:
  • nama penuh untuk ditulis di atas resit (individu, syarikat atau penama)
  • alamat surat menyurat
  • jumlah sumbangan
  • tarikh deposit
  • waktu deposit
  • nombor rujukan
Maklumat di atas boleh di email atau di sms kepada mana-mana ahli jawatankuasa di bawah:

1. Pengerusi (Ustaz Mohd Ali) - 013-9303253
2. Setiausaha (Mohd Fairuz) - 019-9873561
3. Bendahari ( Nor Ubaidilah) - 019-9818341